Monday, September 21, 2009

PELAJAR CEMERLANG TINGKATAN 4 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009


HEMALATA A/P SHUVAS BAHADUR 10A



MALARVINI A/P VESUALINGAM 10A



LOW HAN YUEN 9A 2B



CHENG YOKE YEE 8A 3B



KONG HUI JING 8A 3B



SANG GING YEE 7A 2B 1C 1D



NITHYA LETCHUMY A/P GEEVERET 6A 3B 1C



ANITHA A/P RAMASAMY 6A 2B 2C



DIRESHAA A/P RAJENDRAN 5A 3B 1C 1E2

PELAJAR CEMERLANG TINGKATAN 3 Peperiksaan Percubaan PMR Tahun 2009


KAUSHEILA A/P ARUMUGAM 7A



INDHUMATHI A/P KRISHNAN 7A



SHENACHARAN KAUR A/P CHANCHEL SING 5A 3B



NOOR DIYANA BINTI NORZAN 5A 2B 1C



LOW WAN XIN 3A 4B 1C



LOW ZHEN SHENG 3A 4B 1C

Tuesday, September 15, 2009

Pemadam dan Kapur

Seorang guru sdg bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya.Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Si guru berkata, "Saya punya permainan...

Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika
saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya.Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. "

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu.Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain."

"Semuanya sudah terbalik.Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya
adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang... Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.
Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu
persatu, baru rumah dihancurkan..."



"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaranIslam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri(perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" Tanya mereka "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi skrg tidak lagi..

Percubaan PMR dan Latih Tubi

Jom Pakat memecut...

Soalan Trial/Percubaan PMR 2009 Johor + Trial PMR Sabah 09

Latih Tubi PMR pelbagai negeri

Soalan - soalan untuk Pelajar Tingkatan 5

Soalan TOV Tingkatan 5 Terengganu

Pelbagai lagi contoh trial SPM dari pelbagai negeri. Hanya perlu mengklik link yang ada.

Soalan Percubaan Sejarah SPM 2009 - SBP & Sekolah Kluster Kertas 1

Soalan Percubaan SPM Perlis

Soalan Percubaan SPM Negeri PERLIS

Mari berkongsi bahan untuk kemajuan serta peningkatan kualiti pelajar - pelajar kita

Kertas Percubaan SPM MRSM

Buat guru-guru yang mengajar subjek bagi pelajar SPM. disini sedikit sebanyak kertas soalan yang dapt dikongsikan.

Kertas Percubaan SPM 2002
http://www.mara.gov.my/web/guest/percubaan2002

Kertas Percubaan SPM 2003
http://www.mara.gov.my/web/guest/percubaan2003

Kertas Percubaan SPM 2004
http://www.mara.gov.my/web/guest/percubaan2004

Kertas Percubaan SPM 2005
http://www.mara.gov.my/web/guest/percubaan2005

Kertas Percubaan SPM 2006
http://www.mara.gov.my/web/guest/percubaan2006

Monday, September 14, 2009

Friday, September 11, 2009

Pengetua Kini


NAMA : Pn.Norani binti Ibrahim
TARIKH LAHIR : 27 April 1958
TEMPAT LAHIR : Kg.Pedas,Negeri Sembilan
KELAYAKAN AKADEMIK : B.Sc.Dengan Pendidikan (Kepujian), UPM(1983)
KELAYAKAN IKHTISAS : B.Sc.Dengan Pendidikan (Kepujian)












Perkhidmatan
15 Ogos 1983 SMK Ulu Kelang,Ampang.Selangor
1 Jan1985 SMK Sultan Sulaiman,Kuala Terengganu
1 Jan 1988 SMK Raja Perempuan Ipoh,Perak
1 Apr1988 SMK Raja Chulan,Ipoh.Perak
16 Jul 2000 SMK Ulu Kinta, Perak
(Guru Kanan Mata Pelajaran - Sains)
1 Mac 2001 Penyelia Petang di SMK Ulu Kinta,Perak
16 Ogos 2006 SMK Raja Chulan, Ipoh, Perak
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
1 Sept 2007 SMK Seri Teja,Gopeng.Perak
(Pengetua)

Wednesday, September 9, 2009

Sejarah SMK Seri Teja



Asalnya SMK Seri Teja dikenali sebagai SM Lawan Kuda. Sekolah ini dengan rasminya telah bertukar nama kepada yang baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja pada 20 Februari 1980 dan telah dirasmikan dalam upacara yang gilang-gemilang oleh YAB Menteri Besar Perak, Hj Wan Mohamed b Hj Wan Teh SPCM,PJK,JP.

SMK Seri Teja terletak di Batu 1, Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, Perak; lebih kurang 25 KM dari bandar Ipoh. Keluasan kawasan sekolah ialah kira-kira 10 ekar. Pada awalnya sekolah ini hanya terdiri daripada 4 blok iaitu blok A, B, blok Kemahiran Hidup dan kantin. Pada tahun 1979 sebuah bangunan tambahan iaitu blok C telah dibina. Pada tahun ini juga peperiksaan SRP dan SPM pertama kali diadakan di sekolah ini.


Untuk menampung pertambahan bilangan pelajar yang semakin meningkat, blok tambahan iaitu Blok D mula dibina pada tahun 1997 dan siap digunakan pada tahun 1998. Pada tahun 2002 sekolah ini menyambut ulangtahun ke-25 dan Perayaan Jubli Perak telah diadakan.














Bangunan ICT juga telah dibina pada tahun yang sama. Bangunan surau pula telah dibina pada bulan September 2005.



Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and BMW Cars. Powered by Blogger