Wednesday, September 9, 2009

Sejarah SMK Seri Teja



Asalnya SMK Seri Teja dikenali sebagai SM Lawan Kuda. Sekolah ini dengan rasminya telah bertukar nama kepada yang baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja pada 20 Februari 1980 dan telah dirasmikan dalam upacara yang gilang-gemilang oleh YAB Menteri Besar Perak, Hj Wan Mohamed b Hj Wan Teh SPCM,PJK,JP.

SMK Seri Teja terletak di Batu 1, Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, Perak; lebih kurang 25 KM dari bandar Ipoh. Keluasan kawasan sekolah ialah kira-kira 10 ekar. Pada awalnya sekolah ini hanya terdiri daripada 4 blok iaitu blok A, B, blok Kemahiran Hidup dan kantin. Pada tahun 1979 sebuah bangunan tambahan iaitu blok C telah dibina. Pada tahun ini juga peperiksaan SRP dan SPM pertama kali diadakan di sekolah ini.


Untuk menampung pertambahan bilangan pelajar yang semakin meningkat, blok tambahan iaitu Blok D mula dibina pada tahun 1997 dan siap digunakan pada tahun 1998. Pada tahun 2002 sekolah ini menyambut ulangtahun ke-25 dan Perayaan Jubli Perak telah diadakan.














Bangunan ICT juga telah dibina pada tahun yang sama. Bangunan surau pula telah dibina pada bulan September 2005.


2 comments:

  1. Hi,

    SCHOOL HOLIDAYS ADVENTURE Program. Let your children have some fun and learn everything visually. IMMERSIVE LEARNING through VIRTUAL REALITY, would be great experience for the kids to travel to the space station, learning human and animals anatomy, Understanding plant cells, and some fun games as well. Learning through Fun.

    Register Now.

    Introductory offer 50% less.

    Only limited seats available. Don't miss the chance.
    @https://goo.gl/forms/AbB4mm2ia3pSwQp52

    Contact us at (012) 673-4331 | (012) 661-4856 or dappadrama@gmail.com

    Thank you
    Best Regards,
    Raji.

    ReplyDelete


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and BMW Cars. Powered by Blogger